Stesen Komuter Batang Kali

Stesen Keretapi Batang Kali ialah sebuah stesen perhentian keretapi di Bandar Baru Batang Kali, Selangor, Malaysia. Stesen ini dibuka pada 21 April 2007 bersama dengan stesen Rasa dan stesen Serendah. Terdapat dua platform sisi iaitu Platform 1 (bercantum dengan bangunan utama stesen di sebelah timur, untuk kereta api ke arah selatan) dan Platform 2 (di sebelah barat, untuk kereta api ke arah utara).

Stesen keretapi Batang Kali merupakan perhentian utama di daerah Hulu Selangor kerana satu-satunya perhentian yang mempunyai perkhidmatan ETS jarak jauh. Tren ETS memulakan perhentiannya di Batang Kali pada tanggal 1 Julai 2015 dengan laluan KL Sentral ke Ipoh, membawa perkhidmatan ETS Silver. Pada tanggal 18 Disember 2017, perkhidmatan ETS di Batang Kali telah diperluas ke laluan Gemas dan Padang Besar dengan membawa perkhidmatan ETS Gold. Sehingga hari ini (15 Januari 2022), perkhidmatan ETS di Batang Kali masih aktif dengan laluan Gemas - KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar, membawa ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ETS Platinum, ETS Gold dan ETS Silver.

Kini, stesen Batang Kali menjadi salah satu stesen yang tersibuk di daerah Hulu Selangor akibat jumlah pengguna yang semakin tinggi saban tahun.

Stesen Komuter Batang Kali

Templat letak kenderaan Ada
Trek 2
Dis 2017 Perkhidmatan diperluas ke laluan Gemas - Butterworth - Padang Besar.
Platform 2 platform sisi
Kod stesen  KA12 
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnyaKeretapi Tanah Melayu (ETS)
Stesen sebelumnya  Stesen berikutnya
menghala ke Tanjung Malim
Laluan Pelabuhan Klang
menghala ke Pelabuhan Klang atau Kepong
Keretapi Tanah Melayu (ETS)
menghala ke Padang Besar atau Butterworth
ETS Platinum
menghala ke KL Sentral
menghala ke Butterworth
ETS Gold
menghala ke Gemas
menghala ke Ipoh
ETS Silver
menghala ke KL Sentral
Jan 2022 Perkhidmatan Business Class beroperasi.
Dimiliki oleh Keretapi Tanah Melayu
Kemudahan basikal Tiada
Koordinat 3°28′06″N 101°38′17″E / 3.46833°N 101.63806°E / 3.46833; 101.63806
Apr 2007 Stesen dan Komuter Tanjung Malim - Rawang dibuka.
Jenis struktur Atas tanah
Kemudahan OKU Ya
Sambungan Bas Smart Selangor MPHS - HS02 
(Antara Gapi - Bandar Utama - KTM Batang Kali - Bandar Utama - Antara Gapi)

Bas ulang-alik Aerobus BTGGH 
(KTM Batang Kali - Terminal Bas Awana, Genting Highlands)

MARA Liner: 154  158 
[100 meter dari stesen]
Lokasi Batang Kali, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Laluan 2 Laluan Pelabuhan Klang
Laluan ETS
Jul 2015 Perkhidmatan mula beroperasi, membawa laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral.
Jul 2016 Komuter Tanjung Malim - Rawang ditamatkan, 2 dibuka.
Nama lain باتڠ كالي (Jawi)
峇冬加里 (Cina)